Followers

Sunday 15 January 2012

kisah kita 2


“Assalamualaikum” laju kaki Asyraf melangkah masuk kedalam perut rumah banglo 3 tingkat. Sampai di meja makan.  Datin Maria sibuk menghidang makan tengahari. Pelbagai lauk yang disediakan di atas meja.

“ha! Asyraf  dah balik. Jom makan sama-sama” ajak Datin Maria.

“kejap Asyraf nak mandi dulu nak solat” Asyraf berlari keatas. Dalam otak nya sedang ligat berfikir bagaimana hendak dia memberitahu pada kedua orang tua nya yang dia bakal kahwin!. Selesai menunaikan solat. Perlahan kaki nya menuruni anak tangga. Dalam perjalanan nak pergi kemeja makan sempat lagi dia berdoa.

“ Ma. Pa.” panggil Asyraf lembut sambil menarik kerusi untuk diduduk. Takkan berdiri kot.

“ada apa ?” soal Datin Maria tetapi tidak di ambil peduli Datuk Azman yang kusyuk menikmati masakan bini. Kes masakan bini sedap lah tu. Sampai tak ambil peduli anak panggil.

“Asyraf nak kahwin” kata Asyraf tenang sambil memejam kan mata. Datin yang sedang meneguk air hampir tersedak. Datuk Azman yang leka menyuap makanan terus berhenti. Mereka seakan tak percaya apa yang mereka dengar. Betul kah anak nya mahu berkahwin!. Selama ini tidak pernah di dengar  langsung anak nya ada girlfriend. Kadang-kadang ada juga terfikir ada kah anak mereka ini GAY.

“Asyraf tak bagi tahu mama pon yang Asyraf dah ada calon. nasib baik mama tak jodoh kan dengan anak Datin Muni” terang Datin Maria.

“so bila nak hantar rombongan masuk meminang ?” soalan Datin Maria membuat kan hati Asyraf tenang. Nasib baik mama nya bagi dia berkahwin. Kalau tak kesian aku tengok si Sofea tu.

“hari khamis ni”tiba-tiba Datin Maria dan Datuk Azman saling berpandangan dan tersenyum penuh makna. Dan Asyraf hanya membuat muka. Fikir lain lah tu.

“hai tak sabar sangat dah ke ?”tanya Datuk Azman.

“ takut kene kebaas lah pa. jangan fikir lain.” balas Asyraf. Nasib baik pandai jawab. Kalau tak confirm diorang ni fikir lain.

Selesai makan tengahari. Asyraf terus naik kebilik. Dicapai blackberry touch miliknya. Dicari nama ‘MY SOFEA’. Ditekan lembut perkataan call di skrin touch. Sambil menunggu deringan dibaringkan badan nya ke atas katil yang bersaiz queen yang sangat empuk. Mahal ok.

“Assalamualaikum” belum sempat dia mahu memejam kan mata kedengaran suara comel Sofea memberi salam.

“waalaikummusalam” jawab Asyraf nada malas. Dia yang call kawan tu dia yang malas jawab.

“amacam sudah setle ?” soal Sofea seperti samseng. Samseng minta kahwin.

“dah. Kau tunggu aje lah hari khamis ni”balas Asyraf.

“bagos. Aku pon dah siapkan syarat-syarat yang kita perlukan.” Terang Sofea. Asyraf yang tadi baring sudah pon duduk. Syarat apa pulak minah ni nak buat

“ syarat apa ?” soal Asyraf.

“ adalah. Jumpa nanti kat tempat biasa. Ok ? bye Assalamualaikum” terus dimatikan panggilan. Apa benda pulak lah minah tu nak buat. Macam-macam idea yang ada didalam otak budak comel tu. 

Saturday 14 January 2012

kisah kita 1


“ Asyraf! Asyraf!” laung Sofea sambil laju kakinya nya mengejar Asyraf. Asyraf yang sedar nama nya dipanggil terus mencari tuan punya suara. Di toleh belakang tak ada.

“ Woi, sini lah!” terkejut Asyraf melihat seorang gadis comel berbaju kurung purple berbunga putih dan tudung putih.  Berdiri memegang buku dihadapan nya. nasib baik comel kalau tak dah lama dia arwah. Akibat terkejut jumpa kawan sendiri.

“kau ni memang suka aku mati kan ?” tanya Asyraf sambil menyimpan Blackberry Touch ke dalam poket.

“aku sayang kau lah. Dan aku sangat memerlu kan kau dalam hidup aku” bodek Sofea. Asyraf hanya tersenyum manis.

“terharu sangat”balas Asyraf sambil buat-buat lap air mata.

“kau nak apa ?” soal Asyraf.

“Aku nak. Aku nak. Aku nak.” Pehal pulak mulut minah ni tiba-tiba gagap. Kalau tak bukan main laju macam machine gan. Main tembak saja.

“aku nak kau kahwin dengan aku! please!” mata yang sepet terus menjadi bulat. Macam mana tu. Dah gila agak nya minah ni. Senang-senang ajak kahwin.

“ala boleh lah. Jom lah kahwin dengan aku” pinta Sofea seperti hendak mengajak Asyraf bermain masak-masak.

“kau dah sewel ke ?  tiba-tiba minta kahwin.”  Ditanya Sofea dengan riak wajah yang masih terkejut. Mana tak terkejut. Tiba-tiba muncul terus minta kahwin. Bukan pernah bercinta pon.

“ala, kau kan sayang aku. so kene lah tolong. Mak aku nak jodoh kan aku dengan musuh aku. tak kan lah aku nak kahwin dengan musuh aku. tu dah jadi bende gila tahu tak! aku tak nak! Please la Asyraf. Aku merayu sangat-sangat nih.”terang Sofea panjang lebar dan masih memujuk Asyraf untuk berkahwin dengan nya. Asyraf seperti mahu pengsan memikir kan macam mana nak membantu teman baik nya yang dikenali sejak tingkatan 1. Dan akan menjadi teman sebilik! Oh tidak!!!

“ jom duduk kat pondok dulu” ajak Asyraf dengan nada yang series. Sofea yang mengekori nya hanya berdoa dari tadi supaya Asyraf sudi berkahwin dengan nya.

“kene kahwin untuk selama-lamanya ke ?” soal Asyraf.

“tengok keadaan dulu. Kalau kau nak tolong aku. kau kene hantar rombongan meminang hari khamis ni. Hari ni hari ahad so kau ade dalam 3- 4 hari. Aku nak awal sebab musuh aku nak hantar rombongan meminang minggu depan. So kau kene cepat. Ade faham!”  lagi ternganga mulut Asyraf mendengar apa yang dicakap kan oleh Sofea. Adakah kawan nya sudah menjadi tidak waras ???

“kalau aku tak nak tolong ?” muka Sofea kembali masam.

“lebih baik aku bunuh diri. Dari kahwin dengan musuh aku” jawapan itu sungguh menakutkan Asyraf. Hati nya bertambah risau. Sofea memang jenis suka buat bende betul-betul. Risau pula kalau Sofea cuba membunuh diri. Otak nya sudah menjadi kelam kabut.

“macam mana aku nak bagi tahu parents aku ?”tanya Asyraf lagi. Kalau diikut kan otak tidak mahu dia membantu kawan nya. tapi hati nya cukup kuat menyuruh berkahwin dengan teman nya.

“kau asal lah mangkuk sangat. Pandai-pandai lah kau reka cerita!” ringan saja mulut Sofea berbicara.

“ kau ni pinggan la. Tipu tu kan berdosa. Aku tak nak masuk api neraka.” Balas Asyraf.  Sofea terdiam.

“ala please lah. Tolong lah kawan kau ni. Tolong lah Adam Asyraf” kasihan pula melihat kawan nya yang beria-ria mahu kan pertolongan nya.

“baiklah. Aku tolong kau.”kata-kata Asyraf terus menjadi penyeri muka Sofea.

“pasal kahwin tu. Kau buat lah. Aku tak nak ambil tahu. Rombongan aku setle kan” terang Asyraf. Dia pon tidak tahu kenapa  mulut nya ringan untuk menyebut ‘aku tolong kau’.  

“thanx sangat-sangat. Aku pergi dulu. Bye” lambai Sofea. Asyraf terus menampar pipi nya.

“apa yang aku dah buat. Semua kerja gila” otak Asyraf seperti sudah tidak mahu berfungsi. Terus kaki nya bergerak tandas. Hendak mencuci muka.

P/S :  KALI PERTAMA BUAT NOVEL. HARAP KORANG SUKA. KALAU ADA SILAP MAAFKAN YA