Followers

Sunday, 15 January 2012

kisah kita 2


“Assalamualaikum” laju kaki Asyraf melangkah masuk kedalam perut rumah banglo 3 tingkat. Sampai di meja makan.  Datin Maria sibuk menghidang makan tengahari. Pelbagai lauk yang disediakan di atas meja.

“ha! Asyraf  dah balik. Jom makan sama-sama” ajak Datin Maria.

“kejap Asyraf nak mandi dulu nak solat” Asyraf berlari keatas. Dalam otak nya sedang ligat berfikir bagaimana hendak dia memberitahu pada kedua orang tua nya yang dia bakal kahwin!. Selesai menunaikan solat. Perlahan kaki nya menuruni anak tangga. Dalam perjalanan nak pergi kemeja makan sempat lagi dia berdoa.

“ Ma. Pa.” panggil Asyraf lembut sambil menarik kerusi untuk diduduk. Takkan berdiri kot.

“ada apa ?” soal Datin Maria tetapi tidak di ambil peduli Datuk Azman yang kusyuk menikmati masakan bini. Kes masakan bini sedap lah tu. Sampai tak ambil peduli anak panggil.

“Asyraf nak kahwin” kata Asyraf tenang sambil memejam kan mata. Datin yang sedang meneguk air hampir tersedak. Datuk Azman yang leka menyuap makanan terus berhenti. Mereka seakan tak percaya apa yang mereka dengar. Betul kah anak nya mahu berkahwin!. Selama ini tidak pernah di dengar  langsung anak nya ada girlfriend. Kadang-kadang ada juga terfikir ada kah anak mereka ini GAY.

“Asyraf tak bagi tahu mama pon yang Asyraf dah ada calon. nasib baik mama tak jodoh kan dengan anak Datin Muni” terang Datin Maria.

“so bila nak hantar rombongan masuk meminang ?” soalan Datin Maria membuat kan hati Asyraf tenang. Nasib baik mama nya bagi dia berkahwin. Kalau tak kesian aku tengok si Sofea tu.

“hari khamis ni”tiba-tiba Datin Maria dan Datuk Azman saling berpandangan dan tersenyum penuh makna. Dan Asyraf hanya membuat muka. Fikir lain lah tu.

“hai tak sabar sangat dah ke ?”tanya Datuk Azman.

“ takut kene kebaas lah pa. jangan fikir lain.” balas Asyraf. Nasib baik pandai jawab. Kalau tak confirm diorang ni fikir lain.

Selesai makan tengahari. Asyraf terus naik kebilik. Dicapai blackberry touch miliknya. Dicari nama ‘MY SOFEA’. Ditekan lembut perkataan call di skrin touch. Sambil menunggu deringan dibaringkan badan nya ke atas katil yang bersaiz queen yang sangat empuk. Mahal ok.

“Assalamualaikum” belum sempat dia mahu memejam kan mata kedengaran suara comel Sofea memberi salam.

“waalaikummusalam” jawab Asyraf nada malas. Dia yang call kawan tu dia yang malas jawab.

“amacam sudah setle ?” soal Sofea seperti samseng. Samseng minta kahwin.

“dah. Kau tunggu aje lah hari khamis ni”balas Asyraf.

“bagos. Aku pon dah siapkan syarat-syarat yang kita perlukan.” Terang Sofea. Asyraf yang tadi baring sudah pon duduk. Syarat apa pulak minah ni nak buat

“ syarat apa ?” soal Asyraf.

“ adalah. Jumpa nanti kat tempat biasa. Ok ? bye Assalamualaikum” terus dimatikan panggilan. Apa benda pulak lah minah tu nak buat. Macam-macam idea yang ada didalam otak budak comel tu. 

No comments:

Post a Comment