“ Asyraf! Asyraf!” laung Sofea sambil laju kakinya nya
mengejar Asyraf. Asyraf yang sedar nama nya dipanggil terus mencari tuan punya
suara. Di toleh belakang tak ada.
“ Woi, sini lah!” terkejut Asyraf melihat seorang gadis
comel berbaju kurung purple berbunga putih dan tudung putih. Berdiri memegang buku dihadapan nya. nasib
baik comel kalau tak dah lama dia arwah. Akibat terkejut jumpa kawan sendiri.
“kau ni memang suka aku mati kan ?” tanya Asyraf sambil
menyimpan Blackberry Touch ke dalam poket.
“aku sayang kau lah. Dan aku sangat memerlu kan kau dalam
hidup aku” bodek Sofea. Asyraf hanya tersenyum manis.
“terharu sangat”balas Asyraf sambil buat-buat lap air mata.
“kau nak apa ?” soal Asyraf.
“Aku nak. Aku nak. Aku nak.” Pehal pulak mulut minah ni
tiba-tiba gagap. Kalau tak bukan main laju macam machine gan. Main tembak saja.
“aku nak kau kahwin dengan aku! please!” mata yang sepet
terus menjadi bulat. Macam mana tu. Dah gila agak nya minah ni. Senang-senang
ajak kahwin.
“ala boleh lah. Jom lah kahwin dengan aku” pinta Sofea
seperti hendak mengajak Asyraf bermain masak-masak.
“kau dah sewel ke ?
tiba-tiba minta kahwin.” Ditanya
Sofea dengan riak wajah yang masih terkejut. Mana tak terkejut. Tiba-tiba
muncul terus minta kahwin. Bukan pernah bercinta pon.
“ala, kau kan sayang aku. so kene lah tolong. Mak aku nak
jodoh kan aku dengan musuh aku. tak kan lah aku nak kahwin dengan musuh aku. tu
dah jadi bende gila tahu tak! aku tak nak! Please la Asyraf. Aku merayu
sangat-sangat nih.”terang Sofea panjang lebar dan masih memujuk Asyraf untuk
berkahwin dengan nya. Asyraf seperti mahu pengsan memikir kan macam mana nak
membantu teman baik nya yang dikenali sejak tingkatan 1. Dan akan menjadi teman
sebilik! Oh tidak!!!
“ jom duduk kat pondok dulu” ajak Asyraf dengan nada yang
series. Sofea yang mengekori nya hanya berdoa dari tadi supaya Asyraf sudi
berkahwin dengan nya.
“kene kahwin untuk selama-lamanya ke ?” soal Asyraf.
“tengok keadaan dulu. Kalau kau nak tolong aku. kau kene
hantar rombongan meminang hari khamis ni. Hari ni hari ahad so kau ade dalam 3-
4 hari. Aku nak awal sebab musuh aku nak hantar rombongan meminang minggu
depan. So kau kene cepat. Ade faham!” lagi ternganga mulut Asyraf mendengar apa yang
dicakap kan oleh Sofea. Adakah kawan nya sudah menjadi tidak waras ???
“kalau aku tak nak tolong ?” muka Sofea kembali masam.
“lebih baik aku bunuh diri. Dari kahwin dengan musuh aku”
jawapan itu sungguh menakutkan Asyraf. Hati nya bertambah risau. Sofea memang
jenis suka buat bende betul-betul. Risau pula kalau Sofea cuba membunuh diri.
Otak nya sudah menjadi kelam kabut.
“macam mana aku nak bagi tahu parents aku ?”tanya Asyraf
lagi. Kalau diikut kan otak tidak mahu dia membantu kawan nya. tapi hati nya
cukup kuat menyuruh berkahwin dengan teman nya.
“kau asal lah mangkuk sangat. Pandai-pandai lah kau reka
cerita!” ringan saja mulut Sofea berbicara.
“ kau ni pinggan la. Tipu tu kan berdosa. Aku tak nak masuk
api neraka.” Balas Asyraf. Sofea
terdiam.
“ala please lah. Tolong lah kawan kau ni. Tolong lah Adam
Asyraf” kasihan pula melihat kawan nya yang beria-ria mahu kan pertolongan nya.
“baiklah. Aku tolong kau.”kata-kata Asyraf terus menjadi
penyeri muka Sofea.
“pasal kahwin tu. Kau buat lah. Aku tak nak ambil tahu. Rombongan
aku setle kan” terang Asyraf. Dia pon tidak tahu kenapa mulut nya ringan untuk menyebut ‘aku tolong
kau’.
“thanx sangat-sangat. Aku pergi dulu. Bye” lambai Sofea.
Asyraf terus menampar pipi nya.
“apa yang aku dah buat. Semua kerja gila” otak Asyraf
seperti sudah tidak mahu berfungsi. Terus kaki nya bergerak tandas. Hendak mencuci
muka.
P/S : KALI PERTAMA BUAT NOVEL. HARAP KORANG SUKA. KALAU ADA SILAP MAAFKAN YA
dorng nie sk lg ke ?dah uni?
ReplyDeleteuni ler....
ReplyDelete